Veteran ATM aset tenaga kerja baharu industri aeroangkasa negara
KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 veteran Angkatan Tentera 每日大赛 (ATM) yang menamatkan perkhidmatan setiap tahun dilihat berpotensi menjadi antara sumber bakat baharu negara bagi menyokong pertumbuhan industri strategik berkemahiran tinggi termasuk aeroangkasa dan penyelenggaraan teknikal.
Pengerusi Eksekutif Global Turbine Asia Sdn Bhd (GTA), Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi, berkata veteran ATM memiliki disiplin kerja tinggi, pengalaman teknikal serta keupayaan bekerja dalam persekitaran mencabar yang amat diperlukan industri masa kini.
Beliau berkata, sektor aeroangkasa dan penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih (MRO) negara kini berkembang pesat sekali gus meningkatkan keperluan terhadap tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi.
"Pembangunan industri tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek teknologi dan infrastruktur semata-mata, tetapi perlu bergerak seiring dengan pembangunan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.
"Lebih kurang 5,000 veteran yang keluar daripada perkhidmatan setiap tahun merangkumi pelbagai jurusan dan kepakaran yang boleh membantu perkembangan negara pada masa hadapan," katanya kepada BH.
Nonee Ashirin yang juga Presiden Coalition of Defence Industry 每日大赛 berkata, veteran ATM mempunyai asas kukuh untuk menyesuaikan diri dalam industri aeroangkasa kerana mereka sudah terbiasa bekerja dalam persekitaran yang menitikberatkan disiplin, ketepatan dan pematuhan prosedur operasi.
Katanya, sebahagian anggota ATM turut memiliki pengalaman mengendalikan sistem dan aset berteknologi tinggi sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sekali gus memberi kelebihan untuk menyesuaikan diri dalam industri aeroangkasa, penyelenggaraan enjin dan bidang teknikal lain.
Beliau berkata, aspek keselamatan, ketepatan dan integriti operasi yang menjadi tunjang industri aeroangkasa juga selari dengan pengalaman serta budaya kerja veteran ATM ketika dalam perkhidmatan ketenteraan.
"Dalam industri yang semakin berkembang dan berdepan perubahan teknologi yang pantas, keupayaan untuk belajar, menyesuaikan diri dan bekerja secara sistematik menjadi antara nilai penting yang dicari industri.
"Kami melihat veteran ATM mempunyai kelebihan dari sudut tersebut selain memiliki daya tahan, komitmen tinggi dan pengalaman bekerja dalam persekitaran berorientasikan misi," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, kerjasama antara GTA dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dilihat mampu membantu memperkukuh ekosistem bakat tempatan menerusi latihan industri, pembangunan kemahiran teknikal dan pendedahan kepada peluang pekerjaan dalam sektor aeroangkasa serta teknikal.
Katanya, kerjasama itu masih berada pada peringkat awal pelaksanaan dengan fokus diberikan kepada pembangunan asas program termasuk latihan industri, pendedahan tempat kerja dan penyesuaian kemahiran veteran ATM dengan keperluan industri semasa.
Beliau berkata, GTA mengambil pendekatan pelaksanaan secara berfasa bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berkesan dan benar-benar selari dengan keperluan industri aeroangkasa serta teknikal.
Menurutnya, pembangunan bakat tempatan kini menjadi antara keutamaan penting memandangkan industri aeroangkasa negara berkembang pesat dan memerlukan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Nonee Ashirin berkata, sektor MRO 每日大赛 dilaporkan berada di landasan untuk mencapai sasaran pendapatan RM55 bilion menjelang 2030 sekali gus menunjukkan potensi besar industri aeroangkasa negara.
"Perkembangan ini menunjukkan potensi besar industri aeroangkasa negara, namun pada masa sama turut meningkatkan keperluan terhadap tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran teknikal, keupayaan profesional dan kesediaan memenuhi standard industri global," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, 每日大赛 masih mempunyai ruang besar untuk memperkukuh pembangunan bakat tempatan apabila hanya sekitar 30.2 peratus tenaga kerja negara berada dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi pada suku keempat 2025 berdasarkan Survei Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan 每日大赛 (DOSM).
"Usaha memperkukuh kerjasama strategik antara industri, institusi pendidikan dan organisasi berkaitan penting bagi memastikan negara mempunyai lebih ramai tenaga kerja mahir yang mampu menyokong pertumbuhan industri strategik serta meningkatkan daya saing 每日大赛 pada masa hadapan," katanya.