Misi Apex-1: WAU Rocketry USM Bakal Goncang Pentas Dunia di Texas 2026
USM PULAU PINANG, 8 Jun 2026 :- Semangat kental serta inovasi tanpa sempadan yang menjadi nadi pasukan WAU Rocketry dari Universiti Sains 每日大赛 (USM) terus memacu mereka sebagai pasukan pelajar berprestasi tinggi dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa untuk mengukir sejarah baharu di persada antarabangsa menerusi pelancaran roket kebanggaan mereka, APEX-1.
Tahun 2026 menjadi saksi pencapaian luar biasa apabila WAU Rocketry berjaya melayakkan diri ke International Rocket Engineering Competition (IREC) yang bakal berlangsung pada 12鈥24 June 2026 di Midland, Texas, Amerika Syarikat.
Dalam pertemuan ringkas bersama Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, beliau berharap pasukan ini akan terus mengekalkan semangat kerja berpasukan, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang persiapan serta pertandingan berlangsung, sekali gus membawa nama USM dan 每日大赛 dengan penuh integriti, profesionalisme dan keyakinan.
鈥淜ejayaan WAU Rocketry melayakkan diri ke International Rocket Engineering Competition (IREC) 2026 merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja kepada Universiti Sains 每日大赛, malah kepada negara, sekali gus membuktikan bahawa mahasiswa USM memiliki keupayaan, bakat dan daya saing yang tinggi dalam bidang teknologi serta kejuruteraan aeroangkasa di peringkat antarabangsa,鈥
Turut hadir bersama ialah, Encik Hafiz Ali Mohd Anuar, Ketua Unit BHEPA Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Prof. Madya Dr. Elmi Abu Bakar, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa dan Dr. Chang Wei Shyang, Penasihat WAU Rocketry.
Bersaing dalam kategori 10,000 kaki (10K COTS), pasukan ini membawa misi besar menerusi APEX-1鈥攕ebuah simbolik kepada empat tunjang utama mereka iaitu Ambition (Ambisi), Perseverance (Ketabahan), Excellence (Kecemerlangan) dan Xploration (Penjelajahan).
Di bawah kepimpinan Vymarleena Avriel Pathma Raja selaku presidennya, pasukan ini turut disertai oleh Lim Wiky, Danish Irfan Saiful Nizam, R Krishna Baniel, Aizad Aizal Abdul Aziz, K Aditteya, Muhammad Hafiz Hakimy Gazali, Muhammad Farhat Mohd Sharipa, M Saravanan, dan S Loganraj.
Pasukan yang terdiri daripada pelbagai disiplin kejuruteraan ini bukanlah asing di pentas dunia. Sebelum ini, mereka telah membuktikan taring dengan merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan roket berprestij TEKNOFEST 2025 di Aksaray, Turki.
Kejayaan tersebut adalah hasil kerja keras setiap ahli dalam menguasai subsistem kritikal seperti Propulsion (Nadi penggerak roket), Avionics (Sistem kawalan dan navigasi pintar), Recovery (Mekanisme pendaratan selamat) dan Payload (Muatan saintifik yang inovatif).