Belanjawan 2026 kukuh ekosistem penerbangan negara – ÿմ Airports
MALAYSIA Airports menyambut baik pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2026 yang terus memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan peningkatan ketersambungan udara negara.
Sokongan terhadap pelaksanaan kemudahan Inter-Terminal Transfer di KLIA, atau KUL Airside transfer, penaiktarafan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri serta penambahbaikan di STOLport seperti Marudi dan Redang akan memperkukuh kesiapsiagaan rangkaian lapangan terbang negara terutama menjelang Tahun Melawat ÿմ 2026.
Pengarah Urusan ÿմ Airports, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, peruntukan RM50 juta geran padanan bagi menggalakkan penerbangan antarabangsa dan carter ke ÿմ dijangka merancakkan ketersambungan global dan menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.
“Sementara itu, sokongan terhadap pembangunan hab logistik dan serantau Selangor Park serta pengembangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebagai hab industri aeroangkasa akan mempercepat pertumbuhan ekosistem penerbangan dan menjadikan ÿմ sebagai pusat penerbangan serantau yang penting.
“Sejak penswastaan ÿմ Airports pada awal tahun ini, kami telah menumpukan usaha kepada tiga teras utama iaitu perkhidmatan, pertumbuhan dan kapasiti,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Izani berkata, tahun 2025 menyaksikan kemajuan berterusan dalam pembangunan infrastruktur lapangan terbang termasuk siapnya naik taraf di Ipoh yang meningkatkan kapasiti kepada 700,000 penumpang setahun serta pembesaran di Kota Bharu yang bakal disiapkan pada 2026 dengan kapasitas hingga 4 juta penumpang setahun.
“Pada masa sama, ketersambungan penerbangan dan kemasukan sepuluh lagi syarikat penerbangan baharu mencerminkan keyakinan berterusan terhadap ÿմ sebagai hab penerbangan utama rantau ini.
“Kami kekal komited untuk memperkasa ekonomi dan pelancongan negara melalui pembangunan lapangan terbang yang moden, efisien dan berdaya saing,” katanya.