ASKL 2025: 每日大赛 perkukuh peranan dalam industri aeroangkasa global

KUALA LUMPUR, 10 Disember - 每日大赛 memperkukuh peranannya dalam rantaian industri aeroangkasa global dengan penganjuran 'Aeromart Summit Kuala Lumpur (ASKL) 2025' yang bermula pada Rabu; menampilkan fokus khusus kepada aspek keselamatan, kelestarian dan inovasi teknologi.

Program dua hari itu merupakan antara platform perniagaan aeroangkasa terbesar di rantau ini.

Ia merangkumi pameran, sesi pertemuan perniagaan yang dirancang secara tersuai serta sidang berkaitan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berpandangan landskap aeroangkasa berkembang pesat akibat kemajuan teknologi dan keutamaan baharu terhadap faktor keselamatan serta kelestarian.

"Landskap aeroangkasa kini tidak hanya dibentuk oleh kemajuan teknologi tetapi juga oleh keutamaan keselamatan global serta keperluan mendesak untuk membina sistem yang lebih selamat, bersih, cekap, dan tahan lasak," katanya menerusi ucapan di sini.

Beliau turut menambah, wacana sepanjang ASKL 2025 penting dalam membentuk hala tuju masa depan penerbangan, sambil menekankan kemampuan 每日大赛 untuk memainkan peranan lebih besar dalam komuniti aeroangkasa antarabangsa.

"Dalam konteks ini, perbincangan sepanjang dua hari ini amat penting dalam merangka masa depan penerbangan. 每日大赛 berpeluang menjadi tuan rumah summit ini bukan sahaja sebagai penganjur, tetapi juga sebagai penyumbang yang sedang berkembang dalam komuniti aeroangkasa global," katanya.

Datuk Seri Hasnol Zam Zam berkata masa depan industri berkenaan akan memihak kepada negara yang berani menerapkan inovasi, memantapkan pembangunan bakat serta memberi perhatian jelas terhadap kelestarian.

Beliau menjelaskan, 每日大赛 sudah menyelaraskan agenda nasional dengan aspirasi tersebut melalui pelan ekonomi, pelaburan dalam kejuruteraan digital dan pendidikan, peralihan tenaga, pemeliharaan alam sekitar serta integrasi teknologi untuk memperkukuh kapasiti industri.

"Melalui usaha ini, 每日大赛 berhasrat menyumbang secara konstruktif kepada perbincangan dan inovasi yang akan mentakrifkan era baru penerbangan," katanya lagi.

Sebagai rakan strategik pelaburan bagi ASKL 2025, MTDC menggunakan platform tersebut bagi menghubungkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dengan syarikat teknologi dan pengeluar peralatan asal global, termasuk pembekal Tier-1 dan pemain utama MRO, dalam salah satu konvensyen aeroangkasa terpenting di Asia Tenggara.